Merana Selepas Rambut Palsu Mengandungi Ulat


Nairobi – Menjijikkan. Kerana ingin cantik, seorang wanita tidak menyedari bahawa rambut palsu yang disambung ke kepalanya itu adalah rambut yang diambil daripada orang yang sudah mati.
Lebih geli, rambut palsu itu mengandungi telur ulat.


Perkara itu terbongkar selepas wanita itu, Irene Myangoh yang juga seorang pembantu peribadi di sebuah firma guaman,mengalami sakit kepala yang melampau selepas menjalani rawatan menyambung rambut.

Meskipun beberapa kali mengambil ubat penahan sakit, namun ia gagal menyekat kesakitan berkenaan.

Malah ujian darah dan otak yang dijalaninya juga gagal mengesan puncanya.

Hanya selepas dia menjalani ujian kulit kepala, barulah Myangoh mengetahui punca kesakitan berkenaan.
Rupa-rupanya ulat itu sedang membiak dan makan kulit kepalanya.

Dalam pada itu,pengurus salon yang terlibat dalam menyambung rambut Myangoh berkata, dia amat terkejut selepas mengetahui mengenai kejadian yang menimpa Myangoh itu.

Jelasnya, dia telah menjual 150 keping rambut palsu yang diimportnya daripada pembekal di Britain, Amerika Syarikat dan India dalam masa kurang dua bulan.

“Saya akan mendapatkan maklumat daripada pembekal saya itu.

“Saya amat terkejut apabila mendengar kejadian yang menimpa Myangoh kerana ini baru kali pertama saya berdepan dengan situasi seperti ini,’’ katanya.

Jelasnya, pembekal rambut tersebut mungkin telah menghantar rambut yang telah ditolak oleh kilang.
Pembekal terbabit juga bersetuju membayar pampasan kepada Myangoh.

Dalam pada itu, pakar bedah di hospital Nairobi, Dr. CK Musau berkata, beliau telah berdepan dengan 10 kes melibatkan kejadian sama, dalam masa enam bulan.

“Amat mengejutkan bagaimana budaya barat telah meresap dan mempengaruhi golongan muda di Kenya. Mereka sepatutnya menghargai rambut semulajadi mereka,’’ katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© PutehPuteri All Rights Reserved