Bertindak mengoyakkan usul PR di persidangan Dewan Rakyat Khamis lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengakui menerima “serangan” bertali arus daripada penyokong parti pembangkang itu. Menerusi komen di laman mikro Twitternya hari ini, beliau berkata, kritikan yang diterima memang “pedas” kerana tidak bersetuju dengan tindakannya. Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) itu berkata, walaupun menerima serangan tersebut, ia tidak akan melemahkan dirinya, sebaliknya, akan terus memberi kekuatan dalam profesionnya.
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts
Home > Posts filed under politik
