Bangang! Amah Indonesia Bagi Bayi Minum Susu Campur Air Kencing!

Amah Indonesia Bagi Bayi Minum Susu Campur Air Kencing
HONG KONG : Semalam punya berita keluar surat khabar, seorang amah dari Indonesia dijatuhi hukuman penjara sebulan kerana memberi minum anak majikannya susu yang dicampur dengan air kencing.

Tujuannya bukan ingin memudaratkan anak itu tetapi  kepercayaan sesetengah orang luar bandar di Indonesia amalan ini boleh membuatkan anak jagaan akan patuh dan rapat dengan penjaganya.
Pembantu rumah itu, Purwanti, 24, memasukkan air kencingnya ke dalam susu rumusan tersebut kerana berpegang kepada kepercayaan tradisi masyarakat luar bandar Indonesia bagi membolehkan bayi patuh dan rapat dengan penjaganya, kata mahkamah.
Purwanti mengaku bersalah di atas kesalahan memberikan bahan berbahaya dengan niat untuk mencederakan dan hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Timur Hong Kong semalam, lapor akhbar dalam talian, South China Morning Post hari ini.
Dia ditahan pada Februari lalu setelah majikannya menyedari susu yang disediakan berwarna kuning dan berbau busuk.
Bayi berkenaan sudah pun meminum susu rumusan itu sebanyak 130 mililiter.
Purwanti membuat pengakuan menambah air kencingnya ke dalam susu itu, namun peguamnya mempertikaikan dia tidak mempunyai niat untuk menyebabkan kemudaratan dan hanya mengikut adat resam masyarakat luar bandar Indonesia.
Bayi itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan, kata laporan itu.
Lebih daripada 130,000 wanita Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah di Hong Kong dan mendapat gaji minimum yang ditetapkan kerajaan iaitu sekitar AS$460 (RM1,432) sebulan.
Sebuah kumpulan sokongan bagi pembantu rumah Indonesia memberitahu akhbar Hong Kong Standard, mereka sedar mengenai kepercayaan masyarakat luar bandar berkenaan air kencing dan akan mengeluarkan surat pekeliling untuk memberitahu pembantu rumah agar tidak melakukan perkara itu di Hong Kong. – DPA
Untuk rakyat Malaysia yang juga menggunakan amah dari Indonesia semoga tidak la anak anda minum air kencing amah!!!


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© PutehPuteri All Rights Reserved