Daging Kambing Tiruan Daripada Daging Kucing


Awas: Daging Kambing Tiruan..Kisah penyediaan makanan palsu atau penggunaan bahan kimia berbahaya dalam proses pembuatan makanan memang banyak berlaku di China. 

Kucing yang di tangkap

Kes terbaru melibatkan seorang lelaki China yang  telah didapati bersalah kerana memproses daging kambing tiruan. Daging kambing tersebut di hasilkan daripada daging kucing-kucing jiran yang telah ditangkap dan dibunuh.

Umpan burung pipit

Teknik Dalang Pencuri Kucing..

Kebanyakan kucing ditangkap menggunakan teknik "Mengumpan". Seekor burung pipit yang diletakkan didalam sangkar digunakan untuk mengumpan kucing-kucing disekitar kawasan rumah beliau.

"Mangsa" yang sempat diselamatkan

Daging Kucing Di "Peram"..

Ketika disoal oleh polis mengenai motif beliau menggunakan kucing, lelaki itu menjawab bahawa dia melihat kucing sebagai "Skim Cepat Kaya" sebab kucing boleh didapati secara mudah dan cepat. Hasilnya pula lumayan. Dan untuk memastikan bau daging tersebut seperti daging kambing yang real punya, dia "Memeram" daging kucing tersebut di dalam air kencing kambing dan juga minyak. Beliau juga mengakui menjual daging palsu tersebut pada harga borong ke restoran-restoran berhampiran.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© PutehPuteri All Rights Reserved