Ipoh: Dua daripada tiga penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Intan, Gerik, di sini, awal pagi kelmarin, disahkan sebagai pasangan adik-beradik tiri yang juga anak kepada seorang anggota polis.
Kedua-dua yang berusia 25 dan 26 tahun itu, jarang pulang ke rumah keluarga mereka di Kampung Tanjung Mas, Kelantan.
Mereka dikatakan mengaburi perbuatan jenayah dilakukan daripada ahli keluarga dengan mendakwa kononnya bekerja sendiri termasuk sebagai pemasang paip di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Menurut sumber, bapa kepada suspek yang berpangkat lans koperal itu sudah lama tidak bertemu dengan kedua-dua anaknya itu dan kali terakhir dua anaknya itu pulang ke rumah pada Isnin lalu dengan alasan mahu bercuti serta ingin menziarahi keluarga di kampung.
Difahamkan, pasangan adik-beradik itu pulang ke kampung halaman mereka pada Aidilfitri lalu sebelum sekali lagi pulang menziarahi keluarga mereka pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, mereka meninggalkan rumah pada jam 4 pagi Selasa lalu tanpa diketahui tujuannya.
Bapa kedua-dua suspek yang bertugas di Kota Baharu, Kelantan, tidak mengetahui atau mengesyaki aktiviti jenayah yang dilakukan anak-anaknya itu.
Sumber berkata, beliau hanya mengetahui pembabitan anak-anaknya itu dalam kegiatan jenayah samun bersenjata api apabila dimaklumkan polis pada petang hari kejadian berbalas tembakan itu.
Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik terbabit termasuk seorang lagi rakan jenayah mereka berusia 34 tahun turut mati ditembak polis.
CREDIT:CARI.COM
CREDIT:CARI.COM
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment