
SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing maut ketika membersihkan sisa simen di dalam lori pembancuh simen di tapak pembinaa rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Mangsa Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit dan rakan mangsa yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh dikatakan menghidupkan enjin lori menyebabkan pembancuh itu berputar.
Mangsa yang tiada keterangan diri meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena pisau pada mesin pembancuh itu.

KEADAAN mangsa yang maut terkena bilah besi ketika membersih sisa simen dalam tangki lori, semalam.
Difahamkan, kejadian disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment