Petua Keluarkan Serangga Masuk Dalam Telinga | Salam sejahtera semua, Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menghirup udara yang segar hari ini. Apakah anda pernah dimasukki serangga seperti semut, pepijat atau sebagainya dalam telingga? Disini Puteri kongsikan beberapa petua yang dapat membantu anda untuk tersebut.
Semut memasuki telinga dengan beberapa cara. Antara cara-caranya ialah:
1. Jika kita berbaring di atas lantai yang kurang bersih, tanpa kita sedari, semut berada di kawasan itu sedang mencari makan. Jika kita berbaring, seeloknya pastikan tempat seperti bantal, lantai, tempat menonton televisyen, sofa dan tempat tidur bersih dari segala kekotoran agar terhindar dari terjadi perkara seperti ini dan ketidak selesaan lain.
2. Alat penyikat rambut yang sudah dihinggapi semut. Kita selalunya jarang meneliti penyikat rambut sebelum menggunakannya. Kita tidak tahu,penyikat itu sebenarnya ada semut yang terselit padanya. Sikat punya sikat, memang rambut yang pada asalnya kusut masai selepas mandi atau saja-saja menyikat, tapi tanpa disedari, semut yang ada pada sisir (penyikat rambut) itu sudah terlepas pada gigi sisir dan sekarang berada di celah-celah rambut yang hitam.
3.Skaf atau penutup kepala sebelum memakai tudung bagi [caption id="attachment_7810" align="aligncenter" width="300"]. Meski pun tidak semua wanita yang suka memakai penutup kepala sebelum bertudung, ada juga segelintir kaum hawa yang bertudung lebih selesa memakainya. Ini kerana, rambut tidak akan keluar dan tudung tak akan senget. Namun sedarkah kita selaku wanita yang suka menggunakan skaf bahawa penutup kepala itu mesti dicuci setelah beberapa kali memakainya? prihatinkah kita penutup kepala itu harus diteliti baik-baik sebelum memakai? Ini kerana, untuk keselesaan kita kerna jika skaf tidak dibasuh, akan mengeluarkan yang kurang menyenangkan dan mungkin semut berada dalam skaf kita. Kemungkinan, ada kotoran dan benda manis ada di celah-celahnya.
4. Bagi lelaki yang bersongkok atau bertopi haji. Mereka jarang memerhatikan keadaan dan apa ada di atas atau dalam songkok serta topi haji itu. Terus capai dan pakai, itulah kebanyakkannya.
[/caption]
Petua Keluarkan Serangga Masuk Dalam Telinga
Petua 1
Tarik nafas dalam-dalam, Tutup hidung , mulut dan sebelah jari lagi tutup di sebelah kiri serentak ( kalau serangga masuk di sebelah telinga kiri, tutup telinga kanan ) Insyaallah, serangga tersebut akan perlahan-lahan bergerak keluar. Teorinya mudah, binatang perlukan udara untuk bernafas, Kalau punca udara dari hidung dan telinga satu lagi ditutup, seranggan ini akan mencari udara di lubang yang terbuka. Ia akan keluar melalui telinga yang dimasukinya.
Petua 2
Tutup lampu (malam) atau pergi ke tempat yang gelap (siang). Ambil lampu suluh dan suluh ke dalam lubang telinga. InsyAllah serangga akan keluar mencari punca cahaya itu. Ini kerana serangga adalah makhluk Allah yang suka kepada cahaya
Petua 3
Letakkan sedikit minyak ke dalam lubang telinga kemudian keluarkan itu semula. Caranya, seperti petua telinga masuk air. Ini kerana, serangga itu akan terperangkap di dalam minyak itu.
Petua 4
Tutup lubang telinga kanan dengan jari kanan, pekap hidung dengan tangan kiri dan tutup mulut anda. Semasa anda menutup 3 pancaindera di atas (telinga, hidung & mulut), tarik dan tahan nafas sepanjang yang boleh. Ulangi langkah 1 & 2 beberapa kali sehingga anda berjaya mengeluarkan serangga tersebut.
Amaran: Jika petua ini tidak menjadi, sila pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Sekian.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment