|Mengikut sejarah, Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini.
Runtuhan tersebut berpunca daripada sistem saliran air yang tidak sempurna di kawasan pangsapuri mewah di Hulu Klang dan sistem perparitan yang tidak dikendalikan dengan sistematik. Proses pembersihan dengan menebang pokok membabitkan sebahagian kawasan di situ menyebabkan ia membentuk sasaran saliran dari atas bukit terus ke kawasan berhampiran dan pangsapuri berkenaan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment