Afdlin Shauki, Hans Isaac Perang Dingin?

HANS



Kedua-dua figura ini sememangnya dikenali mempunyai hubungan yang sangat rapat di antara satu sama lain.Sebut sahaja nama Afdlin Shauki pasti terbayang kelibat rakan baiknya, Hans Isaac sekali dan begitu juga sebaliknya.


Namun menerusi laporan Bi-Pop hari ini, dikhabarkan kedua-dua mereka kini sedang berperang dingin di antara satu sama lain.Memetik laporan itu, khabarnya Afdlin berasa jauh hati dengan Hans.Ini kerana ketika Afdlin berada dalam kesusahan, Hans langsung tidak mahu membantunya.
Perkara ini dikuatkan lagi apabila nama Afdlin langsung tidak terlibat dalam pementasan teater Supermokh yang diadakan di Istana Budaya, baru-baru ini.

Kalau tidak dulu, Afdlin dan Hans akan bersama-sama berganding bahu dalam sesebuah produksi yang dirancangkan.Namun, tidak dapat dipastikan kesahihan cerita ini, yalah mungkin nama Afdlin tidak tersenarai kerana dia kan kini sedang sibuk dengan program Maharaja Lawak Mega dan Liga Lawak Superstar yang dikendalikannya.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja penjelasan daripada mereka berdua berhubung isu ini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© PutehPuteri All Rights Reserved