ALMY NADIA KESAL STATUS PERIBADI JADI BAHAN SENSASI?

 Ini sudah tentu berkaitan dengan status Almy Nadia yang sebelum ini disiarkan dalam beberapa portal berita dan blog. Status berkenaan memang betul-betul boleh mencetuskankontroversi mengenai hubungannya dengan Fizz Fairuz. Namun begitu, bagaimana status yang menurut Almy adalah dari aplikasi komunikasi sosial mudah alihnya, WeChat boleh tersebar?

Menurut kenyataan Almy Nadia menerusi Sinar Harian, dia mendakwa haknya telah dicerobohi apabila status dari aplikasi komunikasi sosial mudah alihnya, WeChat telah disiarkan tanpa pengetahuannya di dalam sebuah akhbar tempatan. Status yang penuh emosi itu seterusnya menimbulkan kontroversi terhadap dirinya yang dikatakan sedang bersedih lantaran tiada perkembangan langsung mengenai hubungan cintanya dengan kekasih hatinya, Fizz Fairuz.


almy nadia wechat

“Hak saya telah dicerobohi! Status itu bukanlah dari laman sosial Twitter, sebaliknya ia di ambil dari WeChat saya. Apa yang saya tahu, WeChat bukanlah satu laman sosial dan ia bersifat peribadi serta hanya boleh dibaca oleh sesiapa yang saya ‘terima’ untuk berkawan,” tegasnya.
Almy yang cukup kesal dengan perbuatan itu memberitahu, ia menyebabkan pelbagai spekulasi telah timbul mengenai dirinya lebih-lebih lagi apabila melibatkan aktor tersebut.
“Saya tahu ramai lagi yang masih menghentam Fizz. Mungkin kerana pengalaman lalunya itu. Tapi, itu tidak bermakna dia sentiasa melakukan perkara yang buruk. Tapi, apa saja yang saya tulis itu, ia langsung tidak berkaitan dengan sesiapa. Terpulanglah pada andaian masing-masing. Saya tidak perlu menjawab mengenai isu tersebut sebaliknya tanyalah sendiri kepada orang yang menyebarkannya,” katanya lagi.
Selain itu, pelakon yang berusia 27 tahun itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan hubungannya dengan Fizz.
“Saya tahu apabila orang masih lagi bertanya mengenai diri saya, itu bermakna saya masih lagi diingati dalam industri ini. Tapi, untuk perkara seperti ini, saya memang tidak mahu berkongsi. Sebab, jika saya bercakap pun, orang akan bercakap juga. Jadi, lebih baik saya tidak perlu berkata apa-apa. Jalan yang paling baik sekarang adalah dengan berdiam diri,” katanya.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© PutehPuteri All Rights Reserved