INFO!! Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia..

Kewujudan Facebook memberi impak yang baik kepada pengguna dimana pelbagai faedah boleh diperolehi melalui Facebook seperti mencari balik kawan lama, merapatkan hubungan kenalan yang jauh serta menjana pendapatan melalui Facebook. Namun terdapat masalah yang sering dihadapi oleh pengguna Facebook. Ianya apabila keluarga mereka telah menginggal dunia dan tiada seorang pun dari keluarganya tahu kata laluan si mati.. Berikut adalah cara mendelete akaun Facebook orang yang telah meninggal duni yang dikongsikan oleh blogger khairulzamri.com..

Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Cara delete akaun facebook orang yang telah meninggal dunia – itulah pertanyaan salah seorang daripada pembaca blog ini semalam. Pada mulanya sekadar melihat saja dan terdiam seketika kerana tidak pernah terfikir dan pula hanya ada masa yang singkat sekarang tapi bila terfikir kelak jika diri ini tiada siapa akan tolong deletekan?
Mati atau meninggal dunia tidak akan menunggu sesaat dan waktu yang sesuai sekalipun. Apabila telah tiba masanya kita tetap akan pergi jua walaupun urusan dunia kita sangat banyak tidak selesai lagi kerana ini satu ketentuan Illahi.
Saya doakan diri ini dan pembaca entri dan blog ini semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki – jangan takut bicara tentang kematian.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan…” – al-Anbiya’ 35

CARA DELETE AKAUN FACEBOOK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Facebook seperti entri dua tiga hari yang lalu saya telah kongsikan bagaimana ia membina sebuah timeline atau lebih mudah bahasanya ialah perjalanan kehidupan kita yang kita kongsikan di laman Facebook dengan memuat naikkan status, foto dan video serta banyak lagi.
Tertanya-tanya juga bilakah kali hari-hari terakhir kita update Facebook?
Bukan bercakap seumpama diri ini sangat sempurna, tapi sebagai manusia kita harus ambil pemikiran dan pentafsiran kita dari sudut positif kenapa ada entri sedemikian.
Facebook telah menawarkan 2 pilihan kepada akaun mereka yang telah meninggal dunia iaitu:
  1. Pilihan untuk mengekalkan akaun tersebut sebagai peringatan kepada si mati
  2. Pilihan untuk memadamkan terus akaun si mati tersebut
Namun adalah sangat mustahil untuk Facebook memberikan kepada kita kata laluan dan emel akaun si mati walaupun kita sebagai keluarga paling dekat dengan si mati. Itu polisi mereka, kita tak mampu berbuat demikian.
Ramai yang ingin mengekalkan akaun si mati untuk peringatan namun kita juga harus fikir keadaan beliau di alam sana, apakah yang ada timeline arwah itu membantu, menyenangkan atau mengganggu ketenteraman arwah?

DELETE AKAUN FACEBOOK

Saya ringkaskan dengan cara yang mudah agar membantu anda memahami secara jelas.
#Awas ini hanya contoh cara delete akaun – gambar adalah bukan contoh akaun si mati.
Pergi ke laman akaun si mati (profile).

Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Pergi ke bahagian > Setting > Report / Block

Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Pilih bahagian > Submit a Report dan tick Report *Nama Pemilik Akaun*

Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Pilih bahagian bawah sekali > Get help with other issues

Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Klik pada bahagian > How do I report a deceased person or an account that needs to be memorialized?

Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Teruskan klik pada bahagian > request the removal

Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Perhatian berikut adalah 3 perkara yang perlu anda sediakan dalam proses memadamkan akaun Facebook arwah.
Setelah sudah bersedia klik bahagian > contact us

Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Dan ini adalah borang untuk anda isi dalam proses terakhir bagi memadamkan akaun si mati ini dengan bersertakan 3 bukti yang telah dinyatakan dalam gambar di atas.
Untuk terus ke bahagian borang permohonan ini bolehlah klik di sini.
Semoga cara ini mampu membantu anda yang telah bertanyakan soalan ini dilaman ini dan juga buat panduan di masa-masa akan datang.


copy paste dari blog papankekunci77
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© PutehPuteri All Rights Reserved