Hanez Suraya Saman Pembantu


Aktres yang terkenal dengan watak Sherry dalam ‘Love You Mr. Arrogant’, Hanez Suraya Abdul Aziz, 28, memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

“Saya memfailkan saman kepada Mohd Fairus kerana dia telah memfitnah dan mengaibkan saya. Salah satu cara yang dilakukan oleh Mohd Fairus adalah memfitnah saya menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan’. Selain itu, dia juga ada memburukkan saya kepada kawan-kawan yang lain, pihak media dan rakan-rakan artis. Saya ada kesemua bukti yang menyatakan dia memfitnah saya,” jelas Hanez ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Pada mulanya, Hanez tidak menyedari yang Mohd Fairus berkata buruk mengenai dirinya di laman sosial, namun selepas itu Hanez mula sedar yang Mohd Fairus memfitnah dan mengaibkan dirinya setelah diberitahu oleh rakan-rakan yang lain. Awalnya, Hanez hanya mendiamkan diri tetapi apabila keadaan menjadi semakin teruk, Hanez mengambil tindakan.

“Sebelum ini, pada bulan Oktober lalu, saya ada menghantarkan surat sebelum tindakan ‘Letter of Demand’ kepada Mohd Fairus menerusi peguam saya, Tetuan Harjit Sandhu. Namun begitu, dia enggan menandatangani salinan surat tersebut sebagai bukti dia telah menerima surat tersebut. Surat tersebut mengarahkan Mohd Fairus untuk membuat permohonan maaf kepada saya secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat tersebut,” ujar pemegang watak Nina dalam drama bersiri ‘Autumn Di Hatiku’ ini.




“Selepas itu, Mohd Fairus ada berjumpa saya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf kepada saya. Dia telah memuat naik permohonan maaf menerusi akaun Instagram dan Twitter miliknya. Selepas permohonan maaf, saya ingatkan perkara ini telah selesai dan tiada lagi perkara berbangkit, namun begitu tanggapan saya ternyata salah. Dia masih memfitnah dan mengaibkan saya seperti biasa,” tegas Hanez yang ditemani oleh peguamnya.

Hanez menganggap perkara ini sangat serius kerana ianya membabitkan nama dan reputasinya sebagai seorang pelakon. Namun begitu, Mohd Fairus mengambil ringan perkara ini dan Mohd Fairus tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi, pada hari ini.

“Tujuan saya memberikan kenyataan kepada GUA adalah untuk pihak Mohd Fairus mengambil perkara ini secara serius. Saya telah lama mendiamkan perkara ini dan saya tidak langsung menceritakannya kepada pihak media. Hanya keluarga dan teman rapat sahaja yang mengetahuinya. Saya juga telah berusaha untuk menghantarkan surat ‘Letter of Demand’, tetapi pihak Mohd Fairus tetap kembali mengaibkan saya. Hari ini Mohd Fairus atau wakilnya tidak menghadirkan diri ke Mahkamah. Mungkin isu ini dianggap ringan oleh pihak Mohd Fairus, tapi sebenarnya perkara ini adalah sangat berat,” luah Hanez lagi.

“Saya berharap, selepas ini biar pihak peguam saya menjalankan tugas. Jika perkara ini menjadi semakin teruk, saya akan mengadakan sidang media bersama peguam saya untuk menjelaskan secara lebih terperinci. Buat sementara ini, saya tidak mahu menghebohkan lagi perkara ini. Biar kenyataan ini menjadi satu-satunya kenyataan saya buat masa ini. Takut nanti jika ada banyak kenyataan lain, perkara akan menjadi makin serius. Lebih-lebih lagi perkara telah dibawa ke mahkamah. Biar pihak berwajib menjalankan tugas,” ujar Hanez mengakhiri perbualan.



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© PutehPuteri All Rights Reserved