Di Tuduh Berlagak Diva

Rasanya ramai yang mengenali penulis blog popular yang kini menceburi bidang lakonan iaitu Hanis Zalikha. Selepas bertahun membina nama sebagai penulis blog dan memiliki pengikut tersendiri, lebih mudah bagi Hanis untuk membina kerjayanya memandangkan dia sudah dikenali, apatah lagi Hanis memiliki wajah yang komersil.




Namun bukan sekali dua  keluar berita mengenai Hanis yang dikatakan ‘kekwat’. Sejak awal kemunculannya terdapat khabar angin yang Hanis seorang yang sombong dengan peminat namun semuanya dinafikan oleh Hanis.

Yang terbaru, ialah tulisan ruangan pojok Kak Pora di Berita Harian Ahad yang mendakwa ada penerbit yang sudah tidak kuasa untuk bekerjasama dengan Hanis yang dianggap berlagak diva. Malah menurut Kak Pora juga, seorang penerbit yang pernah menawarkan Hanis tugasan mengacara hanya bercerita perkara-perkara negatif tentang Zalikha setelah tugasan dilakukan.


Malah, menurut Kak Pora lagi, walaupun Hanis menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon baru, Hairul Azreen, dia telah mendedahkan pula panggilan manjanya kepada pelakon itu di sebuah set penggambaran.

Jika benar isi tulisan Kak Pora maka Hanis perlu memperbaiki diri untuk bersikap lebih ‘humble’ supaya tidak menimbulkan kemarahan orang lain.  Walaupun sudah sedia popular melalui penulisan blog, pendekatan memasuki dunia hiburan adalah satu aspek yang berlainan. Artis, seperti ahli politik menjual imej dan sekiranya imej yang diberikan menimbulkan persepsi negatif, maka sukar mendapat sokongan ramai.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© PutehPuteri All Rights Reserved