Selepas sekian lama berdolak-dalih setiap kali ditanya apakah hubungan sebenar mereka, Zizan Razak dan Emma Maembong akhirnya dilihat keluar menonton wayang berdua.
Kejadian itu berlaku baru-baru ini di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota. Kedua-duanya nampak sangat mesra, persis pasangan kekasih.
Cerita ini bukan rekaan sebab ramai saksi, malah mereka membalas sapaan peminat. Yelah, peminat mana yang tak teruja jumpa Zizan dan si cantik manis, Emma Maembong?
Katanya, Zizan dan Emma tidak kekok walaupun banyak mata memerhati mereka, sebaliknya kedua-duanya tenang dan bersikap selamba.
Adakah ini bermakna Zizan dan Emma bersedia mendedahkan hubungan mereka?
Atau mungkin mereka mahu biarkan persoalan apakah hubungan sebenar mereka terus tergantung begitu saja? Kita lihat apa jawapan Zizan dan Emma.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment