Begini ceritanya :
Kejadian berlaku pada 29/08/2012 jam lebih kurang 6.00 p.m. semasa saya, isteri ,dua orang anak saya yang berumur setahun dan 6 tahun serta seorang anak buah saya berumur 8 tahun dalam perjalanan pulang dari Kota Belud menuju ke Kota Kinabalu selepas menghantar kedua mertua dan adik ipar saya di Kg Kulambai Dundau..
Tiba-tiba saya dikejutkan oleh satu objek panjang yang berpusing menuju ke arah kereta saya dari atas sebuah bukit di lokasi Kg. Paka-Paka jalan Kota Belud - Tuaran (berhampiran bukit Tenghilan)...,oleh kerana tidak sempat mengelak ,objek tersebut terkena hadapan kereta saya betul-betul di sebelah pemandu dengan satu dentuman yang kuat..,objek tersebut melantun lalu terjatuh di seberang jalan..,saya memberhentikan kereta ditepi jalan dan mendapati bonet kereta telah kemek...,lantas terus menuju ke arah objek yg terjatuh tadi..alangkah terkejut nya saya bersama isteri apabila mendapati objek itu adalah sebatang besi keluli padu seberat lebih kurang 2 kg..
Alangkah bernasib baiknya saya kerana objek tersebut tidak jatuh mengenai cermin kereta saya lalu tembus terkena saya yang sedang memandu atau terkena anak saya yang duduk dihadapan ketika itu...dan jika itu terjadi apakah agaknya nasib isteri dan anak-anak serta anak buah saya yang ketika itu bersama di dalam kereta yang saya pandu..syukur kepada Allah s.w.t kerana semuanya selamat...,
Setelah sampai kerumah isteri saya menelefon kakaknya di Kota Belud rupa-rupanya sudah banyak kes kereta dilempar oleh pelbagai objek berlaku di kawasan sekitar tersebut..,malam ini akan membuat laporan polis..,kepada semua pemandu yang selalu lalu dikawasan tersebut plss BE ALERT..!!!....plss share kpd semua...
-Cerita Dari pembaca-
kes macam ni selalu berlaku dan seringkali berakhir dengan diragut. Kami pun pernah kena sekali semasa dalam perjalanan dari UKM Bangi ke KLIA menggunakan jalan raya area kampung Bangi - Dengkil. Walaupun agak gelap, namun itu adalah laluan paling pantas untuk tiba ke KLIA. Kereta kami terlanggar sesuatu sehingga menyebabkan tayar pancit. Kami (3 orang) terpaksa memberhentikan kereta serta merta di tepi jalan yang gelap. Tak sampai 10 saat, tiba sebuah motorsikal kata mereka terdengar bunyi bising tadi dan terus datang ke situ untuk tolong. Mungkin mereka nak ragut kami tetapi dengan tubuh mereka hanya 2 orang dan kami tiga orang, misi mereka tak berjaya. Kawan aku pegang stereng lock yang besi tu sepanjang kami menukar tayar baru. Nak tak nak mereka terpaksa tolong kami juga. Kamudian terus pecut sehingga tiba di stesen minyak untuk atur balik tayar.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment