Farahdhiya Kesal Produksi Liat Buat Bayaran?





Nampaknya bukan Rabecca Nur Al-Islam sahaja yang menghadapi kesukaran untuk menerima bayaran sebaik sahaja tamat berlakon.

Malam tadi, laman sosial Twitter dibanjiri dengan beberapa kemaskini dari Farahdhiya yang juga seorang pelakon berkenaan kelewatan sebuah syarikat produksi untuk membayar khidmatnya.

Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini, produksi tersebut masih berhutang baki bayaran terakhir dengannya dan enggan menjawab panggilan telefon yang dibuat.


Difahamkan, Farahdhiya berkongsi luahan hatinya di Twitter dengan harapan pihak berkenaan terbaca dan terbuka hati untuk menjelaskan bayarannya.




Walaupun ini bukan kali pertama berdepan dengan situasi sebegini, namun Farahdhiya sempat memuji produksi lain yang dikira sangat profesional dan jujur.

Apapun, diharapkan semoga syarikat produksi berkenaan lebih peka dengan kebajikan pelakon dan krew yang telah memberikan komitmen mereka sewaktu bekerja.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© PutehPuteri All Rights Reserved