Marah Astro Naik Harga, Sogo Jadi Mangsa


Sekarang ini, ramai yang membantah kenaikan harga dikenakan syarikat televisyen satelit berbayar, Astro.

Antaranya NGO, Jingga 13 yang dikatakan bakal menghantar satu memorandum kepada Astro, esok.

Bagaimanapun terdapat satu pihak dipercayai penggodam komputer atau hacker di negara ini, meluahkan ketidakpuasan hati dengan cara menggodam laman web.

Selepas berjaya, sebaris ayat diletakkan di laman tersebut iaitu ‘Astro cekik rakyat..!!! Naikkan Harga Sesuka hati…!!!’

Laman yang menjadi mangsa ialah http://klsogo.com.my/.

Bagi hacker terlibat, ini mungkin satu cara terbaik untuk mendapatkan perhatian berkenaan isu kenaikan harga oleh Astro tapi apa kena mengena Sogo dengan Astro ya?

Apa pun, tinjauan kami mendapati laman web Sogo sudah kembali biasa kini tapi tarif baru bil Astro masih lagi belum turun. 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© PutehPuteri All Rights Reserved