Terbaru ketika menghadiri perasmian butik Didie Alias, baju yang dipakai oleh Raja Ema telah menimbulkan kontroversi dan menjadi perbualan ramai. Mana tidaknya, memang jelas terserlah aset yang dimiliki olehnya. Fuh~~ Adakah Raja Ema ingin bersaing dengan Lana Nordin? Memang sukar untuk menentukan pemenangnya. Hehehe.
Namun menurut Raja Ema, baju yang dipakainya OK dan tidaklah ketat sangat. Terang Raja Ema
Baju itu OK, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra. Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun.
Benda ini tak patut jadi hal. Baju itu bukan ketat sangat pun, cuma saya tahu kesilapan berlaku kerana gaya saya bercekak pinggang ketika gambar diambil membuatkan dada saya terlalu menonjol.
Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu.
Yang bagusnya, Raja Ema tidak berkecil hati dengan kritikan, cemuhan dan hinaan yang dilemparkan kepadanya. Tambah Raja Ema lagi:-
Sebab saya taknak gaduh atau besarkan hal, saya rasa apa pun sebenarnya. Cuma malas nak layan orang begitu. Orang yang bijak takkan cakap begitu pada orang lain.
Siapalah kita nak hukum dan hentam orang lain dengan teruk. Yang penting jadi diri sendiri dan niat kena bersih dalam tindak tanduk kita.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment