Cara Mengesan Berus Diperbuat Daripada Bulu Khinzir

Bagi anda yang belum mengetahui,kebanyakkan berus murah yang diimport  dari China diperbuat dari bulu khinzir atau babi.Ianya dapat dikesan kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.


Di bawah ini kami kongsikan ciri-cri  berus yang diperbuat daripada bulu Khinzir :
1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Antara beberapa maklumat penting tentang penggunaan bulu khinzir ini adalah :
  1. Penggunaan bulu khinzir atau khinzir hutan (dipanggil “Bristle”) kerana bentuk mereka yang keras dan kasar.
  2. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya yang bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.
Dan perbezaan antara berus bulu kambing atau biri-biri yang banyak digunakan untuk kaligrafi adalah bahagian hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Segala apa yang telah dicipta Allah SWT adalah yang terbaik untuk kita semua..hal ini kerana Allah SWT menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. wallahu a’lam
Semoga perkongsian ini akan menjadikan kita semua lebbih berhati-hati dalam membeli sesuatu walalupun harganya murah..

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© PutehPuteri All Rights Reserved