Alamak, ini sudah tentu berita yang tidak menyenangkan untuk pemilik motosikal kapcai. Menurut info terbaru, kerajaan kini sedang kaji cadangan untuk tidak benarkan motosikal ‘kapcai’ (kapasiti enjin (CC) rendah) berada atau menggunakan laluan di lebuhraya. Ia bagi melindungi pengguna kenderaan itu daripada risiko kemalangan jalan raya.
Memetik laporan Utusan, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal. Katanya, berbanding motosikal berkuasa tinggi, pengguna motosikal kecil terdedah kepada risiko kemalangan kerana angin daripada kenderaan lain yang laju boleh mengakibatkan motosikal itu berada dalam keadaan tidak seimbang.
Beliau juga menjelaskan mengenai lorong khas motosikal di lebuh raya untuk mengelakkan motosikal menggunakan laluan kereta dan kenderaan lain. Buat ketika ini, hanya Lebuh Raya Persekutuan menyediakan lorong khas motosikal dan pembinaan lorong itu di semua lebuh raya memerlukan kos tambahan melibatkan RM2 juta untuk setiap satu kilometer.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment