Insiden yang berlaku ini bukan perkara biasa bagi penjual-penjual diluar sana untuk meraih keuntungan dengan cepat.
Tetapi mungkin ada yang tidak perasan. Namun jika anda dapat tahu, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.
Jika tidak, akan ada lebih ramai yang tertipu.Terbaru, insiden ini terjadi kepada selebriti dan ia amat wajar diambil perhatian.Ceritanya mengenai seorang anak kepada tukang masak terkenal negara iaitu Serina Redzuawan.
Jika anda mengikuti perkembangan Serina di Twitter, sudah pasti anda tahu yang kini Serina amat sibuk dengan penjualan produk pelansingan badan, Alpha Lipid SD2.
Setiap hari dia akan memberi kata-kata semangat kepada individu yang ingin kurus beserta nombor telefon untuk dihubungi.
Tetapi apa yang memeranjatkan pada awal November lalu, dia ada memuatnaik gambar seorang lelaki di Facebook dan Twitter dengan mendakwa lelaki itu telah berjaya kuruskan badan setelah mengamalkan produk pelansingan badan berkenaan.
Menariknya, tuan punya badan telah mengesan gambar itu dan lalu meninggalkan komen ‘Salam… Ini gambar saya ni… dan saya tak pernah ambil apa-apa produk.. harap delete..Thanks..’
Dari situ, ramai yang terkejut! Mereka mendakwa Serina sengaja mahu mendapat royalti lebih.
Lelaki yang gambarnya telah diperdaya itu bernama Muhammad Fadhli. Dia telah pun membuat laporan polis bagi melindungi haknya.
Di dalam komen tersebut, ada diantaranya adalah kawan Muhammad Fadhli, mereka berkata Muhammad Fadhli tidak pernah mengamalkan apa-apa produk.
‘Mamat ni kawan saya.. Dia clean’-Mohd Shahrul Nizam
‘Bohong! This guy is my friend.. He never use SD2′-Anip Sama
Itulah diantara komen-komen rakannya..
Agak memalukan apabila tuan punya badan sendiri telah mengaku dia tidak pernah mengambil mana-mana produk untuk kuruskan badan.
Jadi bermakna gambar yang digunakan Serina adalah palsu!
Apa pun kita tunggu penjelasan daripada mereka yang terbabit dalam hal ini.
Ranking: 5
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment